Monday, June 14, 2010

3

Pukul 12.34 p.m.
Selesai sesi persekolahan, Balkish segera bergerak ke kantin sekolah. Setibanya di sana, terus saja dia mencapai gagang telefon awam yang disediakan di situ.
Jarinya pantas mendail nombor telefon rumahnya.
“Hello, siapa di sana?” kedengaran suara seorang wanita yang bercakap menggunakan pelat bahasa Melayu Indonesia.
“Hello, Bik Yati! Ni Balkish ni...”
Waduh! Saya bukan Kartini, saya Sumiati.”
Alamak bibik ni! Susahnya aku nak cakap. Aku cakap lain dia cakap lain.Betapa jauhnya perkataan ‘Balkish’ dengan ‘Kartini’ tu... boleh pulak dia salah dengar. Macam mana ni ek? Huh, terpaksalah aku kuatkan volume suaraku yang merdu menusuk dek kalbu ni...wakaka!
“Bik Yati, ini saya, Batrisya.”
“Oh, nona Batrisya! Maaf, bibik salah dengar tadi non.”
Nak kena guna nama belakang jugak baru dia kenal aku...
“Ha...ya...ya... tak apa Bik. Nanti Bik Yati tolong bagi tahu mama, hari ni saya lambat balik sikit lah. Ada perjumpaan kat sekolah. Okay, Bik?”
Kelantangan suara Balkish menggamit perhatian semua pelajar yang berada di kantin ketika itu hinggakan ada yang terhenti seketika semasa berjalan disebabkan kehairanan dengan aksi si gadis yang sedang menggunakan pondok telefon awam tersebut.
Mungkin ada yang berkata, apa hal lah minah ni cakap kuat-kuat sangat macam tak biasa guna telefon! Orang Sabah kata ‘sakai’ gitu...
Tanpa Balkish menyedari, ada mata istimewa yang menyaksikan gelagatnya itu.
“Jangan lupa tau Bik, bagi tahu mama. Nanti karang mama risau pulak,” Balkish mengingatkan Bik Yati akan pesanannya sebentar tadi.
“Wah, enggak ada itu non.”
“Apa yang tak ada, Bik Yati?”
“Kueh Tiaw! Kan nona Batrisya suruh saya masak.”
Ya Allah Ya Tuhanku! Kenapa pulak Bik Yati nih? Makin menjadi-jadi...
“Bik! Saya kata nanti mama risau, bukannya nanti masak kueh tiaw!” Balkish menguatkan lagi suaranya agar Bibik dapat mendengar dengan lebih jelas. Mungkin umur yang sudah lanjut juga menjadi salah satu faktor masalah pendengarannya itu.
Setelah selesai menyampaikan pesan, Balkish meletakkan gagang telefon kembali ke tempat asalnya.
Bik Yati...Bik Yati...
Bik Yati merupakan pembantu rumah yang bekerja untuk keluarga Balkish.
Berkali-kali dia menyuruh Bik Yati agar memanggilnya dengan nama Balkish namun tetap juga wanita itu memanggilnya dengan nama Batrisya. Alasannya, nama itu lebih sedap didengar! Sama dengan nama heroin drama televisyen yang menjadi kegemaran pembantu rumahnya itu. Memang satu alasan yang cukup mudah. Entah heroin drama apalah agaknya yang berpangkalkan nama gadis comel itu.
Sebenarnya, Balkish juga tidak begitu kisah kalau Bik Yati memanggilnya dengan nama Batrisya. Cuma dia berasa agak kekok sedikit. Bik Yati seorang saja yang memanggilnya sebegitu.
Walaupun nama penuhnya ialah Sharifah Balkish Batrisya, kebanyakan ahli keluarga termasuk mama dan papanya sendiri lebih memilih untuk memanggilnya Balkish atau nama singkatnya, Isya. Sebagaimana panggilan yang digunakan oleh Arini Mysara terhadapnya iaitu orang yang paling rapat dengan Balkish Batrisya selepas ibu bapanya.
Bukan dengan sebutan penuh seperti yang dipanggil oleh Bik Yati!
Hendak dipanggil Sharifah, dua orang makciknya sudah mempunyai nama panggilan yang serupa. Maka panggilan Balkish atau Isya lah yang paling kerap digunakan.
Sebaik sahaja Balkish memalingkan tubuhnya daripada telefon awam tersebut, alangkah terkejut beruknya dia apabila mendapati Adam Fariz sudah berada di hadapannya! Sambil meneguk minuman 100 plus tanpa menggunakan straw, tidak putus-putus gadis itu dipandangnya.
“Hai, Balkish! Kuatnya suara, sampai dengar kat gate depan tu hah...”
Lelaki itu menyapanya dengan wajah yang cukup riang. Cukup untuk membuat Balkish semakin meluat padanya. Tin minuman 100 Plus yang dipegang dihabiskan secepat mungkin. Kemudian tin itu dilemparkannya pula ke arah tong sampah berdekatan.
GOAL!
Balkish hanya memerhatikan perbuatan Adam Fariz dengan perasaan menyampah!
Eleh! Kalau setakat jarak tak sampai 5 meter tu, aku pun boleh jugak baling tin masukkan dalam tong sampah! Show off!!! Mentang-mentanglah dapat title pemain harapan pasukan bola keranjang sekolah! Mengada-ngada betul!
Nasib baik aku tak ada sakit jantung! Dah lah tadi kau tiba-tiba terpacak kat depan aku! Huh!
Dia berleter dalam hatinya.
“Fariz! Kau ni apa pasal? Buat terperanjat orang je!”
Dia mula meninggikan suara. Marah dengan perlakuan orang yang dibencinya itu.
“Ops, sorry! Saya tak ada niat nak buat Balkish terperanjat.” sempat lelaki itu tersengih tetapi kemudian menukarkan riak wajahnya menjadi serius setelah menyedari bahawa Balkish betul-betul marah padanya.
“Apa sorry sorry? Apa hal kacau-kacau aku ni? Kau nak makan kasut saiz 7 ke? Kalau nak ni hah, kasut aku available ni!”
Mata Balkish mengecil. Geram tahap gaban. Marahnya semakin membuak-buak terhadap lelaki itu. Namun suaranya tetap dikawal agar tidak menarik perhatian orang ramai yang ada di situ.
Dia juga yang malu nanti.
Kalau diikutkan hati, mahu saja dia menghadiahkan selayang penampar kepada lelaki itu. Namun apalah dayanya. Dengan kehadiran beberapa orang guru yang ada di situ, terbantut hajatnya. Terpaksalah sekadar buat muka tunjuk berani di hadapan Adam Fariz.
Hah, Fariz! Kau tengok muka aku! Aku berani nih! Berani! Grrr!
Hee...adoyai!
Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi kasanova sewel lagi tidak waras dan perasan macho yang cuba menggugat keimananku ini! Kuatkanlah imanku YA ALLAH!
Adam Fariz hanya sekadar tersenyum menyaksikan gelagat gadis lucu di hadapannya itu.
Dalam hati, dia tidak menyalahkan Balkish untuk meluahkan perasaan marah kepadanya. Jauh sekali membalas tengkingan Balkish dengan kata-kata yang lebih pedas!
Apa tidaknya, sudah hampir sebulan dia mengganggu ketenteraman gadis itu. Ada saja yang dilakukannya agar berpeluang melihat kemarahan Balkish. Bagi Adam Fariz, kebelakangan ini hidupnya tidak akan pernah lengkap kalau tidak mendengar celoteh daripada bibir Balkish disebabkan kemarahannya.
Dia sendiri juga hairan mengapa baru sebulan yang lalu hatinya begitu teringin sekali mengusik gadis di hadapannya. Sedangkan sudah dua tahun lamanya dia sekelas dengan Balkish.
Apalagi dengan title yang disandangnya sebagai pengawas sekolah memudahkannya untuk mengusik Balkish yang juga menyandang jawatan sebagai pengawas sekolah setiap kali waktu bertugas. Selain daripada menjadi penyampai radio sambilan pastinya. Namun, mengapa baru sebulan ini dia melakukannya?
Memang benar. Adam Fariz seorang kasanova di sekolahnya. Ada saja masanya untuk ‘mengayat’ gadis di sekolah. Namun, sejak berlakunya satu peristiwa antara dia dengan Balkish telah membuatkannya untuk ‘mengayat’ cuma seorang gadis sahaja dalam hidupnya.
Balkish Batrisya.
Walaupun Adam Fariz terkenal dengan sikap menyakatnya, dia merupakan seorang murid yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan belum pernah lagi melanggar peraturan sekolah. Rekod akademiknya yang sangat baik juga telah menarik perhatian guru untuk melantiknya sebagai pengawas sekolah.
Maka semenjak menjadi pengawas sekolah itulah, peluangnya untuk ‘mengayat’ Balkish semakin terbuka luas!
Sepertinya ada tarikan magnet pada diri Balkish yang mengetuk pintu hatinya untuk mengusik gadis comel itu setiap hari. Setiap saat kalau boleh.
Mungkin kerana dia tahu, Balkish memang merupakan seorang gadis yang pantang diusik, terus marah tak tentu pasal!
Jika dia menggunakan taktik ‘mengayat’ dan meluahkan kata-kata romantis kepada gadis lain, semuanya pasti akan jatuh hati! Apalagi dengan kelebihan paras rupanya yang boleh dikatakan, sedap mata memandang. Ada yang kata, muka Adam Fariz iras-iras dengan muka Zizan Nin. Ada yang kata, serupa pula dengan angkasawan negara! Entah yang mana satu agaknya betul.
Tapi dengan Balkish, lain pula ceritanya.
Berbeza dengan gadis lain yang pasti tak lekang senyum disebabkan perlakuan Adam Fariz, Balkish pula lebih memilih untuk memaki-hamun lelaki itu!
Agaknya, hati dan perasaan gadis itu terlalu ampuh untuk digoyah oleh seorang prince charming seperti Adam Fariz. Sebab itu jugalah Adam Fariz beriya-iya untuk menyakat gadis itu. Ingin melihat sejauh mana gadis itu mampu bertahan untuk menolaknya. Huh!
Itulah Adam Fariz...
“Hah, yang kau tengok aku macam nak makan ni apa pasal?” bengis saja Balkish bertanya setelah menyedari Adam Fariz begitu lama merenungnya sejak tadi.
“Tak ada apa-apa. Err... Isya, saya rasa janggal pulak panggil awak dengan nama. Boleh tak saya panggil awak ‘baby’? Nak tak? Ke awak nak saya panggil awak honey? Sedap sikit bunyinya... ” belum puas lagi hati Adam Fariz menyakat Balkish.
Balkish menjegilkan matanya. Dengan berbekalkan duit syiling dua puluh sen di tangan, begitu bersemangat dia menghadap muka Adam Fariz yang masih selamba itu.
Mamat ni memang melampau! Hish! Kalau cikgu tak ada tadi, ada can aku nak sumbat mulut dia dengan duit syiling kat tangan ni hah! Cikgu, kenapa lama sangat nak minum kat kantin nih? Adoyai!
“Fariz, kalau kau tak berhenti nak kacau aku, aku lapor kat cikgu!” Balkish cuba mengugut meskipun dia tahu bahawa taktik ugutan itu hanya berkesan untuk murid peringkat sekolah rendah sahaja!
Namun, cuma cara itu sahaja yang dapat difikirkannya. Dia betul-betul mati akal melihat wajah Adam Fariz yang tetap selamba mendengar tengkingannya. Seolah-olah dia bersyair pula di hadapan lelaki itu!
Malang seribu kali malang, segala tengkingan Balkish Batrisya sebentar tadi sia-sia belaka kerana Adam Fariz hanya sekadar membalas tengkingan dan caci-maki itu dengan senyuman manis menawan serta pandangan mata yang tepat menusuk ke jantung Balkish.
“Balkish, cakaplah lagi. Suara awak sedap, saya nak dengar ni. Cepatlah sambung.”
Pandangan mata tadi disertakan ayat spontan tahap tidak normal daripada Adam Fariz. Berlagak manja! Ini sudah senteng tahap paranormal!!
Balkish memang sudah tidak tahan. Memang tidak tahan. Sudah marah tahap ‘dewa’! Ingin saja dia mengangkat meja kantin berukuran 4 meter di hadapannya dan menghempapkannya di atas kepala lelaki sewel itu! Tapi nampaknya, semua warga kantin rupanya sedang memerhatikan mereka berdua dengan penuh minat. Bila agaknya mereka perasan aksi perang mulut antara Balkish Batrisya dengan Adam Fariz?
Balkish melihat sekeliling. Semua pelajar yang ada di kantin memandang ke arah mereka.
Oh, tidak! Kenapa sampai jadi macam ni??????
Gadis itu meraung dalam hati.
Kini, hanya pipi yang merah mampu menemani Balkish. Dia dirundung malu yang amat! Semuanya disebabkan Adam Fariz! Kenapa lelaki itu tidak pernah mahu membiarkan dia hidup aman bahagia?
Tidak cukup dengan perhatian daripada pihak pelajar, tiba-tiba mereka berdua didatangi oleh Cikgu Bob yang muncul entah dari mana! Guru paling sebati dengan aktiviti sosial dalam kalangan murid atau sebenarnya, paling busybody berkenaan hal pelajar. Terkenal dengan sifat selamba dan mudah mesra dengan para pelajarnya! Walaupun...
BUSYBODY!

Selamba sungguh Cikgu Bob berdiri di hadapan mereka berdua bersama sebungkus nasi lemak yang diletakkannya di meja berdekatan. Dibeli di kantin sebentar tadi. Tengah hari macam ini pun sempat juga Cikgu Bob ‘pekena’ nasi lemak!
“Kamu berdua ni, bising-bising di kantin kenapa?”
Ayat daripada Cikgu Bob disambut sunyi oleh Balkish Batrisya dan Adam Fariz. Cikgu Bob pula menggeleng-gelengkan kepalanya setelah tidak mendapat sebarang reaksi daripada pelajarnya yang berdua itu.
“Kalau kamu berdua ada masalah peribadi pun... ehem... ehem... Cikgu ulang ya. Kalau kamu ada masalah peribadi pun, janganlah bising-bising di sini. Carilah tempat yang lebih sesuai. Depan dewan ke? Kerusi koridor ke? Kalau di kantin ni publisitinya tinggi sikit!”
Cikgu Bob menghabiskan ayatnya dengan senyuman penuh makna. Mengangkat-angkat keningnya berulang kali. Ayatnya tadi juga sengaja diulang. Sampai hati cikgu ini mengusik mereka berdua.
Bukan menjernihkan keadaan, malahan mencampurkan-baurkan ‘sisa toksik’ ke dalamnya. Alahai, Cikgu Bob!
Kedua muridnya itu masih lagi tertunduk. Tiba-tiba Balkish mengangkat muka merahnya. Memandang Cikgu Bob dengan renungan yang membawa maksud ‘hal ini tak ada kaitan dengan cikgu’!
Cikgu Bob yang merasakan bahawa dia ‘agak’ terlebih menyakat Balkish dan Adam Fariz menukar topik.
“Err... Oh, ya! Baru Cikgu ingat! Cikgu ada hal tadi, PERGI DULU!!
Sepantas kilat, posisi yang diambil Cikgu Bob tadi kosong. Cikgu Bob sudah tiada!