Adam Fariz memandang Balkish Batrisya.
Belum sempat lelaki itu berkata sepatah apa pun, waktu itu juga Balkish angkat kaki dari kawasan kantin dan bergegas menuju ke Bilik Disiplin. Sempat lagi Balkish meninggalkan pesan,
“AKU LAPOR NANTI DENGAN CIKGU AFDLIN!!!”
Mendengar nama Cikgu Afdlin, tiba-tiba Adam Fariz rasa lain macam. Terus dia terkejar-kejar mendapatkan Balkish.
Adam Fariz sempat menahan langkahnya semasa di koridor. Sebenarnya, dia tidak kisah pun dengan ugutan Balkish walaupun mendengar nama Cikgu Afdlin agak menyeramkan. Dia tahu Balkish seorang gadis yang low profile. Seboleh-bolehnya semua masalah sekolah mahu diselesaikan sendiri tanpa melibatkan guru. Apalagi hal-hal peribadi begini! Tapi sebaik sahaja dia memandang wajah Balkish yang sudah merah itu, akhirnya dia mengalah.
“Okay, okay, janganlah terus nak report kat cikgu. Sebenarnya, saya cuma nak berkawan dengan awak je. Dah dua tahun kita sekelas, awak tak pernah pun nak tegur saya. Salah ke saya kalau nak berkawan dengan awak?”
Macam mana aku nak tegur kau kalau kau sibuk sangat melayan perempuan lain dengan perangai gatal kau tu!
“Siapa kata salah, ada aku cakap? Tak ada kan ? Tapi yang kau nak kacau aku, siap panggil sayang-sayang lagi apa pasal? Tu bukan nak berkawan, tapi nak kena tempeleng!”
Balkish membentak. Kemarahannya terhadap Adam Fariz masih belum reda.
“Kalau macam tu, saya minta maaf. Saya tak ada niat nak sakitkan hati awak. Saya cuma nak bergurau je. Takkan tak boleh?”
“Bergurau tu jangan lebih-lebih. Ada ke patut nak kacau aku macam tu.”
“Sebab aku suka sangat bila tengok kau marah. Kau tahu tak pipi kau macam pakai blusher kalau tengah marah? Cute!”
Balkish tersentak.
Mamat ni apa hal? Kejap panggil sayang, kejap guna bahasa saya awak, sekarang guna bahasa kau aku pulak! Kena sampuk agaknya!
Kata aku cute pulak tu...
Tapi aku memang cute pun! Wakaka!
Eh! Eh! Tak boleh senyum, jangan senyum! Control muka, Isya! Steady kan kemarahan tu...
Balkish berbisik dalam hati kecilnya. Setelah itu, membengiskan mukanya pula. Takut kalau Adam Fariz tahu bahawa dia senang mendapat pujian itu.
Alamak! Aku cakap apa ni? Hish, Fariz! Yang kau cakap macam tu apa pasal? Dah tau Balkish tu marah, yang kau sakat dia lagi tu buat apa? Bodohnya... Hii... mulut jahat! Mulut jahat!
Adam Fariz bermonolog di dalam hati, terus menampar mulutnya sendiri! Dia tidak sedar bila dia mengeluarkan ayat itu. Sungguh! Dia tidak bermaksud mengeluarkannya.
“Err... sorry... sorry... saya tak sengaja cakap tadi! Betul saya tak sengaja!”
Cemas betul dia memberi penjelasan pada Balkish.
Cemas betul dia memberi penjelasan pada Balkish.
“Yiii... SEWEL!”
Balkish memuntahkan kata-kata keramat itu tepat di hadapan Adam Fariz! Mempamerkan gaya ingin mencekik lelaki bertuah itu!
Adam Fariz terus tertunduk. Mengenangkan mulutnya yang celopar itu.
Sebaik sahaja dia mengangkat mukanya, dilihatnya gadis itu berjalan pantas menuju ke Bilik Disiplin.
Adam Fariz hanya menggelengkan kepalanya.
Melihat Balkish yang berjalan menuju ke Bilik Disiplin itu mengingatkannya akan sesuatu.
Alamak! Perjumpaan pengawas! Macam mana aku boleh lupa? Ni Balkish punya pasal lah ni.
Balkish...Balkish... bila agaknya hati kau akan lembut?
Pantas Adam Fariz mengatur langkah membuntuti Balkish ketika itu.
Balkish sempat menjeling ke arah Adam Fariz yang mengekorinya.
Menyampah aku! Sekali gatal, sampai bila-bila pun gatal jugak!
Desis hatinya.
SEBAIK sahaja mereka memasuki Bilik Badan Disiplin, semua pengawas sudah bersiap-sedia, menunggu kedatangan Ketua Guru Disiplin. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Afdlin!
Perjumpaan tergempar pengawas hari itu diisi dengan perbincangan mengenai Kem Kepimpinan Pengawas yang akan diadakan pada April nanti.
Masing-masing memberikan idea yang sesuai berkenaan kem kepimpinan tersebut.
“Cikgu rasa ada baiknya Kem Kepimpinan Pengawas kali ini kita adakan di luar kawasan sekolah. Apa pendapat kamu semua?” Cikgu Afdlin mula mengajukan soalan.
“Cikgu, apa kata kita adakan kem ni di Taman Bukit Tawau?”
Seorang pengawas memberikan cadangan.
“Hmm... Balkish, apa pendapat kamu?”
Aik! Kenapa pulak Cikgu Afdlin tiba-tiba tanya aku nih? Masak aku!
“Erm, saya rasa ada baiknya (macam ayat cikgu je tadi) kem kepimpinan ni diadakan di sana , Cikgu. Selain diberi penekanan terhadap nilai disiplin dan kepimpinan yang tinggi semasa kem kepimpinan tu berlangsung, peserta kem juga boleh mendekatkan diri dengan keindahan alam semulajadi. Ini secara tidak langsung dapat menarik minat peserta untuk menghayati keindahan alam sekaligus dapat menggalakkan minda peserta untuk memikirkan kepentingan mengekalkan khazanah alam semulajadi.”
Begitu panjang lebar Balkish memberikan jawapan.
Hah, ambik! Kalah jawapan kertas Bahasa Melayu Semester Dua aku tahun lepas! Tapi...tak terlebih panjang ke ni?
Adam Fariz yang memerhati dari tadi tersenyum mendengarkan jawapan yang diberikan oleh Balkish.
Hmm...dah lah cantik, pandai pulak bagi respon! Kan ke bagus kalau kepakaran dia bagi respon tu dia gunakan sikit untuk bagi respon yang POSITIF untuk aku. Ini tidak...
Hati Adam Fariz berbisik sendirian.
“Hmm... saya suka jawapan kamu tu, Balkish. Jawapan tu dapat melambangkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri kamu. Bagus, Balkish! Bagus!”
Mahu kembang telinga Balkish mendengar pujian daripada Cikgu Afdlin.
Dia tidak tahu, bukan Cikgu Afdlin saja yang memujinya saat itu.
He...he... Bagus! Bagus! Kau memang bagus Balkish!
Ujar hati kecilnya. Bangga dengan pujian yang diberikan cikgu sebentar tadi. Lebih-lebih lagi di hadapan semua pengawas!
SETENGAH jam berlalu dan perjumpaan bagi semua pengawas sekolah telah pun selesai. Kata sepakat untuk mengadakan kem kepimpinan kali ini di kawasan alam semulajadi iaitu Taman Bukit Tawau telah dicapai dan dipersetujui oleh semua pihak.
Semuanya hasil jawapan bernas Balkish Batrisya yang membuatkan cadangan itu disokong.
Kebanyakan pengawas sudah bergerak keluar daripada Bilik Disiplin. Balkish juga sudah bersiap-sedia untuk pulang. Belum sempat dia menggalas begnya dengan betul, Adam Fariz terlebih dahulu menahannya.
“Balkish, tunggulah sekejap. Saya ada hal nak beritahu awak ni.” Adam Fariz cuba memujuk Balkish Batrisya yang tidak ‘mengesahkan’ kewujudannya di situ.
Balkish membalas dengan suara yang separuh berbisik. Takut didengari pula oleh Cikgu Afdlin. Cukuplah Cikgu Bob sahaja yang tiba-tiba enter frame dalam ‘peperangan’ mereka di kantin sebentar tadi.
“Aku dah tak ada urusan dengan kau, okay! Now leave me alone and don’t you ever dare to talk about pointless things to me again!”
Ucapan Balkish hampir saja dibalas oleh Adam Fariz. Tapi terbatal hajatnya apabila melihat Cikgu Afdlin juga sudah keluar daripada Bilik Disiplin. Begitu hampir dengan kedudukan mereka berdua.
Hish! Cikgu Afdlin ni... ‘kacau daun’ betul lah!
Ingin mengelakkan kemarahan Balkish daripada semakin membara, dibiarkannya gadis itu pergi. Pergi melepasi dirinya.
Balkish pula tidak memedulikan Adam Fariz. Melangkah jauh dengan selamba dari situ. Dia tahu Adam Fariz tidak akan buka mulut lagi kerana Cikgu Afdlin masih berada berdekatan mereka.
Pertemuan mereka berdua hari ini berakhir setakat itu. Walaupun Adam Fariz sebenarnya mengharapkan jangka waktu pertemuan yang lebih daripada itu, itulah akhir pertemuan untuk mereka. Apa yang ingin diutarakannya hanyalah permohonan maaf atas kelakuannya sebentar tadi. Itu saja.
Tapi Balkish Batrisya tidak boleh disalahkan kalau dia buat dek dengan permohonan maaf Adam Fariz.
Apa tidaknya, sepuluh kali minta maaf, sepuluh kali juga dia menyakat Balkish semula. Bukan hanya sepuluh kali, rasanya sudah menjangkau dua puluh atau tiga puluh kali kesilapan yang sama diulang-ulang!
Aduhai Adam Fariz!
No comments:
Post a Comment